JKM cari waris bayi ditinggal dekat kedai makan

Alisya yang ditemui orang awam di sofa hadapan kedai makan.
Alisya yang ditemui orang awam di sofa hadapan kedai makan.
A
A
A

HULU SELANGOR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari waris kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di atas sofa di hadapan sebuah kedai makan di daerah ini bagi proses dokumentasi.

JKM menerusi satu kenyataan berkata, pengadu membuat laporan polis sebelum bayi dipanggil Alisya itu dihantar ke Hospital Slim River, Perak untuk rawatan lanjut pada 20 Ogos lalu.

Menurut kenyataan itu, bayi berkenaan kini ditempatkan di bawah jagaan orang layak dan sesuai di bawah Seksyen 25(2)(b) melalui perintah mahkamah bagi kanak-kanak Hulu Selangor.

"Sekiranya waris tidak dapat dikesan selepas siaran akhbar dibuat, pihak JKM akan menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada ibu bapa pelihara yang telah berdaftar dengan JKM," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan boleh menghubungi Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Selangor, Syamsul Ahmad Samsu di talian 0360641430 untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: