Pengumuman PM beri kelegaan: Cuepacs

Adnan
Adnan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat menyifatkan enam inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi kelegaan buat penjawat awam.

Menurut beliau, meskipun tidak semua tuntutan dan cadangan Cuepacs dipenuhi namun kerajaan tetap menunaikannya.

"Ini memberi kelegaan kepada penjawat awam pada ketika kerajaan sendiri tidak cukup lega dari segi kewangan," katanya.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu turut memberi kesan terhadap penjawat awam.

"Kami memaklumkan kepada kerajaan bahawa kami juga berada dalam kesukaran ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII), di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai sistem saraan, Adnan optimis ia dapat dilaksanakan pada tahun ini.

"Tiada tempoh masa ditetapkan namun bergantung kepada kedudukan kewangan negara.

"Sistem saraan ini diperkenalkan setiap 10 tahun dan Cuepacs mahukan ia diwujudkan tahun ini," katanya.

Artikel Berkaitan: