Bekas Imam Masjidil Haram dipenjara 10 tahun

Sheikh Saleh ditahan sejak 2018. - Foto: Agensi
Sheikh Saleh ditahan sejak 2018. - Foto: Agensi
A
A
A

RIYADH - Mahkamah Arab Saudi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Imam Masjidil Haram selepas beliau mengkritik Pihak Berkuasa Hiburan Umum iaitu badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di negara tersebut.

Mahkamah rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus menyaksikan hukuman penjara terhadapnya dikekalkan.

Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas menyampaikan khutbah yang mengecam konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan budaya Arab Saudi.

Kumpulan Hak Asasi berpangkalan di Amerika Sysrikat, Democracy for The Arab World Now (Dawn) mendedahkan Sheikh Saleh ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah tersebut empat tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: