Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Orang ramai memenuhi perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seawal jam 11 pagi.
Orang ramai memenuhi perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seawal jam 11 pagi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia #QuranHour kali kelapan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang akan berlangsung hari ini membawa solusi dari surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

Antara jemputan yang hadir ialah Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Nor Azamir Alias; Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak; bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar; pelakon, Datuk Adi Putra dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub.

Orang ramai boleh turut serta secara fizikal pada acara Malaysia #QuranHour di lebih 1,800 hotspot di setiap negeri di seluruh negara.

Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.
Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini diadakan di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya akan bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

Mereka yang tidak dapat hadir secara fizikal boleh mengikuti program tersebut yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah, Astro Oasis dan Facebook

Tahun ini, Malaysia #QuranHour bertemakan ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, acara itu menghadirkan solusi daripada Surah Al-Sajdah yang menyajikan formula bagi membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.

Selain itu, ianya diadakan bersempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 dalam usaha menghayati surah Al-Sajdah sekali gus membina negara Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur (negara baik yang mendapat keampunan Allah SWT) serta membentuk Keluarga Malaysia yang Teguh Bersama melalui formula sujud dan infak.

Artikel Berkaitan: