Ruslin Jusoh Ketua Pengarah JPN baharu

Ruslin Jusoh
Ruslin Jusoh
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkuat kuasa hari ini menggantikan Datuk Mohammad Razin Abdullah yang bersara wajib.

JPN dalam kenyataan hari ini berkata Ruslin, 50, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 24 tahun bermula sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1995.

Dalam pada itu, JPN turut merakamkan penghargaan kepada Mohammad Razin atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada JPN.- Bernama

Artikel Berkaitan: