Banjir kilat di Taiping, 10 mangsa dipindahkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Sepuluh mangsa banjir kilat dari kawasan perumahan Taman Seri Kota di Taiping dipindahkan ke sebuah dewan berhampiran selepas kediaman mereka terjejas akibat kejadian itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6 petang Ahad sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dengan bantuan BBP Kamunting, Batu Kurau dan Bagan Serai dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kesemua mangsa terdiri daripada empat lelaki dewasa dan enam kanak-kanak dipindahkan sementara ke Dewan Air Kuning sementara menunggu banjir surut.

"Setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan perumahan tersebut.

"Kerja-kerja pemantauan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan. - Bernama

Artikel Berkaitan: