PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia

Aaron Chia-Soh Wooi Yik memahat sejarah apabila mengakhiri penantian gelaran sulung negara untuk rangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Ahad. - Foto EPA
Aaron Chia-Soh Wooi Yik memahat sejarah apabila mengakhiri penantian gelaran sulung negara untuk rangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana berjaya melakar sejarah baharu sukan negara selepas menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini (Ahad).

Ismail Sabri berkata, kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.

"Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara.Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman sosial Facebook rasminya, pada Ahad.

Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, pasangan beregu negara menundukkan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang diberi julukan "The Daddies", 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit. - Bernama

Artikel Berkaitan: