Jualan Gudang Karangkraf: Karya klasik dapat sambutan

Mohd Amir Shafiq
Mohd Amir Shafiq
A
A
A

SHAH ALAM - Beberapa naskah klasik yang dipamerkan sempena Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Karangkraf di sini, mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Seorang kru unit jualan buku terbitan Jejak Tarbiah, Mohd Amir Shafiq berkata, antara karya tersebut adalah novel Ranjau Sepanjang Jalan hasil karya Sasterawan Negara, Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad yang diterbitkan sejak 20 tahun lalu.

“Walaupun penulisan karya ini nampak bersahaja namun ia satu kritikan sosial berkaitan ekonomi petani pada waktu itu.

“Hakikatnya karya tersebut banyak membicarakan teguran dan nasihat berkaitan hal ehwal masyarakat terdahulu secara tersirat,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, novel dan penulisan klasik karya seorang ulama nusantara terkenal, Buya Hamka seperti Terusir dan Berbicara Tentang Perempuan turut mendapat perhatian pengunjung.

Kata Mohd Amir, walaupun dia seorang ulama tapi dia mampu menghasilkan satu novel atau penulisan yang bersahaja, sarat dengan makna.

“Alhamdulillah, sambutan pengunjung sangat menggalakkan dan banyak lagi karya-karya hebat ada di jualan gudang ini,” katanya,

Artikel Berkaitan: