109 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan elektrik

109 kawasan di daerah Sabak Bernam alami gangguan bekalan elektrik sementara pada Ahad. - Gambar hiasan
109 kawasan di daerah Sabak Bernam alami gangguan bekalan elektrik sementara pada Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebanyak 109 kawasan di daerah Sabak Bernam alami gangguan bekalan elektrik sementara pada Ahad.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, gangguan bekalan elektrik berlaku bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Menurut kenyataan itu, gangguan sementara itu berlaku bagi memberi laluan kepada kerja henti tugas berjadual di sekitar kawasan terbabit.

"Kawasan yang terlibat adalah seperti di laman Facebook keselesaan pelanggan, kami mencadangkan agar persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kenyataan itu memberitahu, TNB akan mengambil langkah perlu dalam memastikan gangguan bekalan itu berlaku dalam tempoh paling minimum.

Ujar kenyataan itu, pengguna diingatkan supaya berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik terutamanya ketika berlakunya gangguan bekalan kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

"Sebarang kesulitan semasa kerja-kerja ini amat dikesali dan jika ada pertanyaan sila hubungi TNB CareLine di talian 15454," katanya.

Artikel Berkaitan: