PM Greece digesa segera adakan pilihan raya

Mitsotakis - Foto EPA
Mitsotakis - Foto EPA
A
A
A

ATHENS - Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis pada Jumaat menolak gesaan parti pembangkang supaya mengadakan pilihan raya segera berhubung intipan telefon terhadap seorang pemimpin pembangkang oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (EYP) Greece baru-baru ini, lapor Xinhua.

"Kita akan mengharungi musim sejuk yang sukar ini bersama-sama,” katanya semasa perbahasan pleno pertama Parlimen selepas cuti musim panas.

Tempoh empat tahun kerajaan konservatif akan berakhir pada musim panas depan.

Awal bulan ini, pemimpin Greece itu telah menerima peletakan jawatan ketua EYP dan setiausaha agung pejabatnya berikutan pendedahan perbualan telefon antara ahli Parlimen Eropah Nikos Androulakis dan Presiden Gerakan Perubahan (KINAL) dan Pergerakan Sosialis Panhellenic ( PASOK), yang berada di bawah pengawasan tahun lalu.

Mitsotakis mengulangi bahawa beliau tidak menyedari wujudnya pengawasan itu sehingga Ogos lalu dan ia "tindakan yang sah di sisi undang-undang, tetapi tidak boleh diterima dari segi politik". Beliau berjanji untuk merombak perkhidmatan rahsia berkenaan, dan bersetuju untuk siasatan parlimen kes itu.

Memetik kebimbangan keselamatan negara, Mitsotakis menegaskan bahawa sebab mengapa pengawasan itu dilakukan tidak dapat didedahkan secara terbuka.

Androulakis telah menuntut ketelusan penuh akan mengapa beliau diletakkan di bawah pengawasan. - Bernama

Artikel Berkaitan: