LBS Fabulous Extra 2022-2023 tawar hadiah RM1.5 juta

A
A
A

Hock San (tengah) bersama barisan pengurusan LBS pada pelancaran kempen Fabulous Extra 2022-2023.
Hock San (tengah) bersama barisan pengurusan LBS pada pelancaran kempen Fabulous Extra 2022-2023.



SEPANG - Pembeli rumah yang membeli hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) berpeluang menang hadiah cabutan bertuah termasuk 22 Perodua Axia menerusi kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, kempen itu akan berjalan selama setahun dan menawarkan hadiah bernilai RM1.5 juta untuk dimenangi.

Menurutnya, pembeli yang membeli hartanah dengan harga bermula RM300,001 ke atas bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2023 layak menyertai cabutan bertuah tersebut secara automatik.

"Kempen LBS Fabulous Extra 2022-2023 terbahagi kepada dua fasa dan akan diperluaskan merentasi pelbagai platform media sosial LBS, iaitu Facebook, dan Instagram, bermula dari 1 Julai hingga 16 September 2022.

No Image Caption

"Manakala bagi fasa kedua pula akan diadakan acara berbentuk karnival di beberapa lokasi terpilih bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dari Ogos hingga September 2022," katanya pada pelancaran kempen itu di Galeri Jualan Kita Cybersouth pada Jumaat,"katanya.

Selain Perodua Axia, hadiah menarik lain yang ditawarkan adalah 41 buah motosikal SM Sports 110R, 33 unit Sony 5.1 Cinema Home Soundbars, 46 basikal gunung Decathlon Rockrider ST30, televisyen Panasonic 40 inci dan peralatan elektrik.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kempen cabutan bertuah itu adalah rentetan daripada kejayaan memberangsangkan melalui kempen LBS Fabulous 2020-2021.

"LBS Fabulous 2020-2021 merupakan pengalaman berharga kepada kami apabila dapat melihat kegembiraan terukir di wajah pembeli rumah yang menang hadiah.

No Image Caption

" Oleh itu, bagi pusingan kali ini, kami telah menggandakan lebih banyak hadiah dan memberi peluang lebih tinggi kepada setiap pembeli untuk menang,”katanya.

LBS adalah pemaju perbandaran terkemuka di peringkat antarabangsa yang telah membina dan membentuk landskap negara selama 30 tahun dan terus memenuhi permintaan pasaran bagi rumah berkualiti dan mampu milik.

Antara projek di bawah LBS adalah Bandar Saujana Putra, KITA @ Cybersouth di Dengkil dan LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam

Selain daripada pembangunan hartanah, LBS turut terlibat di dalam pengurusan runcit, perhotelan dan pelancongan.