Harap Ismail Sabri, Ahmad Zahid sentiasa sepakat

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail
A
A
A

ALOR SETAR – Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersatu dan sentiasa sepakat menerajui parti demi masa depan negara.

Pandangan itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail yang menyifatkan, dua tokoh tersebut boleh membantu UMNO untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU15).

Beliau berkata, Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO dan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO perlu memiliki kesepakatan.

“Jika mereka tidak boleh sepakat dikhuatiri BN sukar memenangi pilihan raya.

“Jadi, kami sebagai Ketua UMNO Bahagian seluruh negara berharap dan memohon supaya kedua-dua tokoh ini bersatu menerajui parti demi masa depan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai harapan Ketua UMNO Bahagian selepas menghadiri mesyuarat khas bersama Presiden UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Isnin.

Antara intipati utama mesyuarat khas meminta Ketua UMNO Bahagian seluruh negara bersiap sedia menghadapi PRU15 yang adakan diadakan pada bila-bila masa.

Artikel Berkaitan: