Kelab EPL berbelanja sakan beli pemain

Jesus
Jesus
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) memecahkan rekod perbelanjaan jendela perpindahan musim panas ini, menurut analisis daripada pakar kewangan sukan Deloitte.

Perbelanjaan kasar 20 pasukan Liga Perdana berjumlah £1.5 bilion pada Khamis, mengatasi rekod 2017 iaitu sebanyak £1.43 bilion yang dibelanjakan pada jendela penutup musim - lebih daripada £1.44 bilion yang dibelanjakan sepanjang musim lalu.

Berbaki seminggu lagi sebelum jendela ditutup pada 1 September, rekod sepanjang masa untuk keseluruhan musim Liga Perdana, £1.86 bilion dari 2017-18, berkemungkinan di atasi pada jendela musim panas semasa.

"Tahap rekod perbelanjaan yang kita lihat pada jendela perpindahan musim panas ini setakat ini memberikan petanda bahawa model perniagaan kelab Liga Perdana semakin pulih selepas Covid-19.

“Walaupun ini menggalakkan, namun kepentingan kelab mewujudkan dasar perbelanjaan berhemah, bertanggungjawab dan mampan tetap menjadi keutamaan utama.

"Kelab mesti mengimbangi keinginan untuk berdaya saing di padang dengan keperluan melindungi daya saing kewangan dan operasi jangka panjang," kata Penolong Pengarah Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte, Chris Wood.

Kelab EPL telah menandatangani 135 pemain pada musim panas ini, melebihi daripada musim panas 2019 atau 2020 dan menghampiri 148 pada Ogos.

Dua pertiga daripada mereka telah membuat pembayaran termasuk 14 pemain berasingan untuk bayaran yang dilaporkan melebihi £30 juta.

Artikel Berkaitan:

Senarai itu didahului perpindahan penyerang Benfica Darwin Nunez £85.5 juta ke Liverpool.

Chelsea telah membelanjakan £60 juta untuk Marc Cucurella, £47.5 juta untuk Raheem Sterling dan £34 juta untuk Kalidou Koulibaly.

Manchester United pula membelanjakan £60 juta untuk pemain tengah Real Madrid, Casemiro, manakala Manchester City membayar £50 juta untuk penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland

Arsenal membelanjakan keseluruhan £77 juta untuk membeli gandingan Manchester City Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko.

Tottenham memperuntukkan £60 juta untuk membawa penyerang Brazil Richarlison dari Everton, manakala West Ham, Nottingham Forest dan Wolves juga terlibat dalam perbelanjaan besar.