Penghantar barang ditetak gara-gara tuntut hutang

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

AMPANG - Gara-gara menuntut hutang bayaran kerja daripada seorang individu, seorang penghantar barang cedera ditetak dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di Taman Mulia Jaya di sini pada Khamis.

Suspek yang merupakan buruh binaan bagaimanapun berjaya diberkas pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 petang ketika mangsa yang berumur 41 tahun itu sedang berbual dengan rakannya di lokasi kejadian.

"Suspek yang memegang parang secara tiba-tiba datang ke arah mangsa lalu mengejar mangsa.

"Suspek kemudiannya terus menetak mangsa mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan kiri dan kaki kanan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan yang dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan suspek yang berumur 37 tahun dan bekerja sebagai buruh di Taman Dagang, Ampang kira-kira jam 11 malam.

"Siasatan turut mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang menuntut hutang bayaran kerja daripadanya.

"Turut dirampas bersama suspek adalah sebilah parang yang digunakan semasa kejadian

Artikel Berkaitan:

"Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.," katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.