Loji nuklear Zaporizhzhia terputus daripada grid kuasa

Menara penyejuk Stesen Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia berhampiran bandar Enerhodar, Ukraine. - Foto 123RF
Menara penyejuk Stesen Janakuasa Nuklear Zaporizhzhia berhampiran bandar Enerhodar, Ukraine. - Foto 123RF
A
A
A
MOSCOW - Grid elektrik ke loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine diputuskan buat kali pertama, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pengendali tenaga pada Khamis.

Syarikat nuklear Energoatom berkata, sambungan ke loji itu diputuskan selepas insiden kebakaran merosakkan talian kuasa yang menyambungkannya ke grid.

Pihak berkuasa pro-Rusia di Energodar memaklumkan, sistem keselamatan telah diaktifkan di loji itu kerana bekalan elektrik terputus akibat konflik berterusan di rantau itu.

Loji Zaporizhzhia di tenggara Ukraine merupakan loji tenaga nuklear terbesar di Eropah dan berada dalam kawalan Rusia sejak 4 Mac.

Loji itu mempunyai enam reaktor nuklear dengan kapasiti penjanaan elektrik 5,700 megawatt per jam serta menyumbang 20 peratus daripada jumlah tenaga elektrik di Ukraine.
Artikel Berkaitan:


Serangan artileri terus menyasarkan sekitar loji kuasa itu, manakala Ukraine dan Rusia saling menuding jari antara satu sama lain berhubung serangan itu. - Bernama