Korea Selatan hormati laporan IAEA mengenai Loji Nuklear Fukushima

Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi (kanan) tandatangani perjanjian untuk kerjasama dengan Tokyo Electric Power Co mengenai pertukaran maklumat tingkatkan hidupan marin, ketika melawat makmal loji nuklear Fukushima yang rosak di Okuma, timur laut Jepun pada Rabu. - Foto EPA/POOL

A
A
A

SEOUL - Kerajaan Korea Selatan menghormati hasil laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai perancangan Jepun untuk melupuskan air sisa loji nuklear Fukushima, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kami menghormati hasil penemuan mereka," kata Timbalan Ketua Pejabat Penyelarasan Dasar Kerajaan Korea Selatan Park Ku Yeon kepada pemberita pada Rabu.

Pada masa yang sama, Park mengumumkan bahawa hasil analisis rancangan pelupusan Korea Selatan akan dibentangkan secepat mungkin.

Jepun merancang untuk membuang air yang digunakan untuk menyejukkan reaktor yang tidak berfungsi ke dalam laut selepas air itu ditapis dan dicairkan. - Bernama/dpa