Buruh binaan maut dipukul majikan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang buruh binaan maut akibat dipukul dengan topi keledar dipercayai oleh majikannya di Mentara Lama, di sini, pada Khamis.

Lelaki itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, Pahang selepas tiga hari menerima rawatan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pada jam 12.30 pagi, Isnin lalu, mangsa pergi ke rumah seorang rakan di kampung sama dan mengadu dipukul oleh majikannya.

“Pada jam 7 pagi, rakan dan abang mangsa membawanya ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk rawatan lanjut, namun meninggal dunia di hospital terbabit pada jam 6.30 pagi, Khamis,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa bekerja dengan suspek sebagai buruh binaan rumah di Mentara Lama, di sini.

“Punca awal kejadian disebabkan mangsa yang dikatakan mengambil duit upah membina rumah daripada pelanggan tanpa pengetahuan suspek.

“Suspek berang lalu bertindak memukul kepala mangsa dengan menggunakan topi kaleder sehingga mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu katanya, suspek lelaki berusia 40 tahun ditangkap dan ditahan reman sehingga Selasa ini.

“Kes pada mulanya disiasat mengikut Seskyen 326 Kanun Keseksaan kemudian diklasifikasikan mengikut 302 Kanun Keseksaan memandangkan mangsa meninggal dunia,” katanya.