Lelaki timbul kekecohan di mahkamah

Lelaki tersebut dibawa keluar pihak polis selepas lima minit membuat bising di lobi kompleks mahkamah.
Lelaki tersebut dibawa keluar pihak polis selepas lima minit membuat bising di lobi kompleks mahkamah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan di sekitar kompleks mahkamah di sini sedikit kecoh selepas seorang lelaki bertindak berteriak dengan nada emosi pada jam 12.30 tengahari, Khamis.

Pada awalnya, lelaki tersebut dikatakan membuat kekecohan sekitar tingkat empat kompleks mahkamah tersebut.

Dia bertindak melakukannya sekali lagi di bahagian lobi di hadapan para media yang sedang bertugas.

Kehadiran pelbagai media ke kompleks mahkamah di sini bertujuan melaporkan hal mengenai perbicaraan Najib yang berlangsung pada Khamis.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Lelaki tersebut dibawa keluar pihak polis selepas lima minit membuat bising di lobi kompleks mahkamah itu.

Penyokong Najib, Datuk Seri Said Nazar Abu Bakar menafikan kehadiran lelaki tersebut merupakan dari kalangan mereka.

"Kita tidak kenal dia. Sepanjang kami mengikuti kes Datuk Seri Najib selama empat tahun, ini kali pertama lelaki itu muncul.

Artikel Berkaitan:

“Kita tidak tahu apa motif lelaki itu berbuat kecoh di sini. Dia buat bising di atas sebab itu kita suruh dia turun ke sini.

Said Nazar berkata, beliau tidak pasti sama ada lelaki tersebut waras atau tidak.

Tegasnya, beliau tidak mahu reputasi atau nama baik penyokong Ahli Parlimen Pekan itu tercalar disebabkan tindakan lelaki itu.