Sila log masuk terlebih dahulu.

‘Detail design’ LCS pun belum siap

17 Ogos 2022 | Video Shorts
A
A
A

Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Wong Shu Qi berkata perkara pokok dalam isu LCS adalah reka bentuk terperinci (‘detail design’) kapal tersebut belum siap.

Ini jelasnya, melibatkan sistem yang digunakan kapal tersebut termasuklah pendawaian dan sebagainya.

Namun katanya, pesanan dan pembelian peralatan tetap berjalan walaupun tidak boleh dipasang akibat ketiadaan ‘detail design’ tersebut.

Wong Shu Qi berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 361 bertajuk ‘ LCS: Ada dalam tiada‘ pada Selasa.