Sila log masuk terlebih dahulu.

Zahid Hamidi tak takut gunakan kuasanya

24 Ogos 2022 | Video Shorts
A
A
A

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak takut menggunakan kuasa untuk memberikan tekanan politik, termasuk dalam mendesak agar Pilihan Raya Umum Ke-15 disegerakan.

Ketua Program Sains Politik, UKM, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, ia berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lebih mengambil pendekatan berbincang dan diplomasi.

Dr Nadzri berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 362 bertajuk “Najib ke penjara: Apa kesan kepada BN?” pada Selasa.