UMK cipta rekod kibar Jalur Gemilang guna belon udara

Razli (empat dari kanan) melepaskan Jalur Gemilang pada ketinggian 130 meter menggunakan belon udara dalam menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara.
Razli (empat dari kanan) melepaskan Jalur Gemilang pada ketinggian 130 meter menggunakan belon udara dalam menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara.
A
A
A

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencipta kelainan dalam menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara kali ke-65 dengan mengibarkan Jalur Gemilang pada ketinggian 130 meter menggunakan belon udara.

Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak berkata, kibaran Jalur Gemilang itu yang bermula Khamis akan berakhir Hari Malaysia pada September ini merupakan manifestasi kecintaan terhadap negara oleh seluruh warga kampus.

"Ini merupakan sambutan secara bersemuka kali pertama bersama warga kampus selepas negara berdepan dengan serangan pandemik Covid-19 tahun-tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK di sini pada Khamis.

Beliau berkata, walaupun rata-rata pelajar UMK masih bercuti namun sambutan yang diberikan amat membanggakan apabila seramai 500 orang warga kampus hadir menjayakan program ini.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK di Bachok pada Khamis berlangsung dengan penuh gemilang.
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK di Bachok pada Khamis berlangsung dengan penuh gemilang.

Razli berkata, bacaan sajak dan nyanyian turut diselitkan dalam usaha menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan warga UMK.

Katanya, turut diadakan ialah perarakan berkuda sambil membawa Jalur Gemilang sebagai simbolik kepahlawanan Melayu satu masa dahulu selain menghidupkan sunnah Nabi.

"Untuk makluman kita turut menganjurkan program mengacau bubur asyura di ketiga-tiga kampus UMK iaitu Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli yang dilangsungkan secara serentak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Razli berkata, program mengacau bubur asyura turut menjadi platform mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan kakitangan UMK dengan mengambil semangat kemerdekaan negara.