Kasut terlebih saiz pun boleh kecoh satu Malaysia

Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ketika membuat persembahan di acara Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini.
Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ketika membuat persembahan di acara Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini.
A
A
A

BARU-BARU ini, agak kecoh dalam kalangan warganet yang memperdebatkan kisah kasut seorang artis yang besar melebihi saiz kakinya sewaktu membuat persembahan lagu duet di acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW).

Pada mulanya, Merak Jalanan hanya membaca satu artikel pendek mengenainya, namun jari ini pantas pula mencari pautan video yang diviralkan.

Tidak sampai seminit, terus terkeluar video penyanyi kecil molek yang meningkat nama, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin menyanyikan lagi popular mereka, Casablanca.

Mata Merak Jalanan terus tertumpu ke arah kaki si Nuha itu, memang terbukti sepasang kasut tumit tinggi yang dipakainya agak besar dan betul-betul longgar.

Tidak salahlah para netizen meluahkan ‘kerisauan’ mereka kepada penyanyi itu. Bukan apa, KLFW adalah acara fesyen yang bertaraf 4 setengah bintang yang ala-ala Paris Fashion Week.

Besar kemungkinan kasut tumit tinggi yang dipakainya itu ditaja.

Berbalik kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang amat prihatin dengan situasi sekeliling, kisah kasut terlebih saiz itu boleh dijadikan pengajaran.

Mengapa Merak Jalanan berpendapat begitu? Ia kerana walaupun secantik mana kasut itu, kalau tidak muat atau terlebih besar berbanding kaki sendiri, mesti ada mata yang memandang dan membuat justifikasi mereka.

Artikel Berkaitan:

Ada yang risau kepada si pemakai yang mungkin tersadung atau di sisi negatifnya, ada juga mencemuh kerana tidak sepadan dengan kaki.

Andai anda risau tidak mengapa tetapi sekiranya wujud benih-benih mencemuh seperti 'tidak padan dengan kaki, ada hati nak pakai kasut cantik ala-ala model', tidakkah ia membawa kepada bibit mengguris jiwa si pemakai?

Jadi, sebagai pemerhati janganlah kita asyik memberi komen negatif secara melulu, sebaliknya lebih sensitiflah dengan keadaan sekeliling.