Juara dunia Kean Yew mara ke pusingan ketiga

Kean Yew -Foto AFP
Kean Yew -Foto AFP
A
A
A

JUARA dunia, Loh Kean Yew mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia selepas menewaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon dalam masa 49 minit pada Rabu.

Aksi di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun yang merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemain itu, menyaksikan Kean Yew diuji corak permainan berpengalaman Cordon.

Bagaimanapun kematangan Kean Yew menyaksikan pemain kelahiran Pulau Pinang itu tampil dengan aksi bertenaga untuk memimpin set pertama dengan kemenangan 21-12.

Kean Yew -Foto AFP
Kean Yew -Foto AFP

Pada set kedua, Cordon dengan status pemain ranking 40 dunia itu mula mempamerkan kematangan apabila menguasi gelanggang dengan kemenangan 21-11 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set penentuan, pemain berusia 25 tahun itu kembali menyaingi Cordon yang berada di kelompok empat terbaik Tokyo 2020 lalu untuk memenangi perlawanan 21-12.

Keputusan itu menyaksikan Kean Yew bakal berdepan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka-Long yang menewaskan rakan senegara Ng, Vincent Wong, 21-16, 21-9.

Artikel Berkaitan: