Program Biasiswa Maxis 2022 kembali

Program Biasiswa Maxis membolehkan anak muda Malaysia mencapai aspirasi akademik bidang STEM, kepimpinan dan keupayaan inovasi.
Program Biasiswa Maxis membolehkan anak muda Malaysia mencapai aspirasi akademik bidang STEM, kepimpinan dan keupayaan inovasi.
A
A
A

SHAH ALAM - Maxis Berhad (Maxis) melalui program Biasiswa Maxis 2022 kini kembali untuk membantu golongan muda Malaysia mencapai aspirasi akademik mereka dan peluang menyumbang kepada negara.

Ketua Pegawai Sumber Manusianya, Natalia Navin berkata, sebahagian besar komitmen Maxis untuk melabur dalam negara adalah dengan menyokong komuniti seperti pelajar, wanita, usahawan dan komuniti B40 melalui kepentingannya dalam pendidikan.

“Kami berbesar hati melihat sambutan positif terhadap program Biasiswa kami sejak dilancar pada tahun 2020. Matlamat kami adalah untuk terus menyokong bakat muda Malaysia dalam membina kemahiran lestari, agar mereka kekal menerajui dan relevan dalam lanskap yang pantas berubah serta dipacu oleh teknologi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, tiga kategori biasiswa ditawarkan Maxis iaitu Maxis Women in Tech Scholarship, Maxis Tech Scholarship dan Maxis Young Leaders Scholarship.

“Maxis Women in Tech Scholarship membolehkan wanita muda yang cemerlang dari semua latar belakang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang teknologi berbeza.

“Maxis Tech Scholarship pula membentuk bakat yang minat teknologi dan inovasi untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pelbagai bidang teknologi.

Maxis Young Leaders Scholarship pula menyediakan platform untuk mendorong pelajar ke arah membina kepimpinan, serta sebagai pencetus inovasi dan perubahan,” katanya.

Navin berkata, ia adalah peluang yang hebat dan tepat masanya untuk pelajar, Maxis menggalakkan calon untuk memohon hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, permohonan kini dibuka hingga 12 September 2022 dan calon yang berminat boleh menyemak kriteria dan mengetahui cara permohonan di https://www.maxis.com.my/en/about-maxis/career/maxis-scholarship-programme/.

Pada tahun 2021, seramai 15 orang telah dianugerahkan biasiswa Maxis selepas proses pemilihan yang melibatkan penilaian, aktiviti berkumpulan dan temu duga.