Sekolah jadi pusat mengundi dijangka bertambah

Mohamad (tengah) beramah mesra dengan mereka yang hadir pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu SMA Chuah.
Mohamad (tengah) beramah mesra dengan mereka yang hadir pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu SMA Chuah.
A
A
A

PORT DICKSON - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjangkakan bilangan sekolah yang akan dijadikan pusat pengundian semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bertambah berikutan berlaku peningkatan jumlah pengundi baharu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alimin berkata, pihaknya menjangkakan, sekolah-sekolah yang tidak pernah dijadikan pusat pengundian sebelum ini turut akan digunakan kali ini.

"Dengan pertambahan jumlah pengundi pada PRU15 semestinya pusat pengundian juga akan bertambah.

"Saya difahamkan perbincangan antara Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerja-kerja awal telah pun bermula serta pihak sekolah yang akan terlibat telah pun dimaklumkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah di sini pada Rabu.

Menurutnya, pihak kementerian dan JPN bersedia pada bila-bila masa untuk premis pendidikan terlibat digunakan sebagai pusat pengundian pada PRU15.

"Di bawah Akta Pilihan Raya 1958, premis pendidikan telah disenaraikan sebagai premis yang akan digunakan dalam pilihan raya," katanya.

Artikel Berkaitan: