Malaysia sasar 20 senarai ekosistem pemula global

Dr Adham Baba (tiga dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke (kiri) dengan Pengurus Besar SECNIC Viviantie Sarjuni (dua dari kanan) pada majlis pelancaran MyStartup East Malaysia Region Roadshow Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Rabu. - Foto Bernama
Dr Adham Baba (tiga dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke (kiri) dengan Pengurus Besar SECNIC Viviantie Sarjuni (dua dari kanan) pada majlis pelancaran MyStartup East Malaysia Region Roadshow Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] MALAYSIA menyasarkan untuk berada dalam 20 senarai ekosistem syarikat Pemula Global dunia melalui Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030 (SUPER) selaras dengan dasar dan inisiatif negara untuk menjana inovasi berteknologi tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, berdasarkan laporan ekosistem syarikat Pemula Global 2021, Malaysia kini berada dalam kedudukan 21 daripada 100 ekosistem membangun terbaik.

"Malaysia juga berada di tempat kedua di belakang Singapura paling inovatif (Indeks Ekonomi Platform Digital 2020) dan bilangan syarikat pemula pula, negara di tempat ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

"Dengan adanya SUPER atau pembangunan ekosistem roadmap startup (pelan hala tuju pemula) ini, kita ada intervensi yang akan kita laksanakan dengan menggariskan lima cabaran iaitu bakat, pembiayaan, peraturan, dasar dan penembusan ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah MYStartup East Malaysia dan menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) bersama Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (Scenic) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Dr Adham berkata, melalui portal MYStartup yang dilancarkan oleh MOSTI pada November tahun lepas, sehingga kini sebanyak 2,227 syarikat pemula telah mendaftar di portal berkenaan bagaimanapun jumlah syarikat yang berdaftar dari Sabah hanya 24 syarikat.

Justeru, melalui jelajah MYStartup dengan kerjasama Scenic lebih banyak syarikat pemula di Sabah akan menyertai dan mendaftar dalam platform SUPER di laman web www.mystartup.gov.my.

Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) menyasarkan sekurang-kurangnya 50 syarikat pemula di Sabah akan menyertai SUPER tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: