Bahang undian Liga Juara-Juara di Turkiye esok

Para pemain Real meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara edisi lalu selepas menundukkan Liverpool 1-0. - Foto Agensi.
Para pemain Real meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara edisi lalu selepas menundukkan Liverpool 1-0. - Foto Agensi.
A
A
A

PENYANDANG juara, Real Madrid dan kelab elit Eropah mula terasa bahang menjelang undian Liga Juara-Juara peringkat kumpulan musim ini yang dijadual berlangsung di Istanbul esok.

Mengikut perancangan aksi final akan berlangsung di Turkiye pada 10 Jun 2023 di Stadium Olimpik Ataturk iaitu venue sama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mengalahkan AC Milan menerusi sepakan penalti pada 2005.

Bagi undian esok, Real berada dalam Pot Satu bersama pasukan juara liga lain seperti Manchester City, Bayern Munich, Milan, Paris Saint-Germain, Porto dan Ajax, selain juara Liga Europa, Frankfurt.

Liverpool akan berada dalam Pot Dua, bermakna ada kemungkinan mereka akan kembali berdepan Real.

Chelsea, juara pada 2021 dan Tottenham Hotspur turut mewakili England dalam kejohanan itu.

Dalam pada itu Celtic pula akan diletakkan dalam Pot Empat ketika pasukan berkenaan kembali ke Liga Juara-Juara pertama kali sejak 2017

“Kegembiraan dan kepuasan yang anda peroleh selepas kemenangan akan terus dirasai membuatkan anda berasa seperti tiada siapa yang sepatutnya mengambil tempat anda.

“Itulah motivasi yang cukup kuat untuk terus menang," ujar Jurulatih Real, Carlo Ancelotti kepada Uefa.com dalam satu temu bual mengulas peluang mengulangi kemenangan untuk pasukannya.

Artikel Berkaitan:

Gergasi Sepanyol itu dinobatkan sebagai raja Eropah sebanyak 14 kali, dua kali lebih banyak daripada kelab paling berjaya dalam pertandingan itu, AC Milan dan mereka memulakan musim ini dengan menewaskan pemenang Liga

Europa, Eintracht Frankfurt di Helsinki untuk menjulang Piala Super UEFA.

Istanbul sepatutnya menjadi tuan rumah perlawanan akhir pada 2020 dan sekali lagi pada 2021 tetapi Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memindahkan perlawanan ke Portugal kerana sekatan pandemik Covid-19.

Satu lagi perubahan turut dilakukan musim lalu dengan Saint-Petersburg digugurkan untuk aksi final selepas

Rusia menceroboh Ukraine dan Paris mengambil tempat yang menyaksikan Real muncul juara setelah membenam Liverpool 1-0.