Mekanik ditahan ugut teman wanita dengan pisau

Seorang mekanik ditahan pada Ahad selepas mengugut bekas teman wanitanya kerana enggan meneruskan hubungan. - Gambar hiasan
Seorang mekanik ditahan pada Ahad selepas mengugut bekas teman wanitanya kerana enggan meneruskan hubungan. - Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang mekanik ditahan pada Ahad selepas mengugut bekas teman wanitanya kerana enggan meneruskan hubungan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa berusia 17 tahun pergi ke rumah bekas teman lelakinya untuk menuntut ganti rugi perbelanjaan RM700 ketika menjadi pasangan kekasih.

"Bagaimanapun, suspek berusia 19 tahun itu bertindak kasar dengan menolak mangsa serta mengacu dua jenis pisau berlainan sebanyak dua kali.

"Suspek turut mengeluarkan kata ugutan bunuh kerana mangsa tidak mahu meneruskan hubungan dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, suspek turut merampas telefon bimbit mangsa serta menghempaskan ke lantai sehingga menyebabkan kerosakan.

"Kita telah menahan suspek pada jam 7.20 petang Selasa dan merampas sebatang cota, dua bilah pisau dan sebuah telefon bimbit yang digunakan semasa kejadian.

"Suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: