'BN pun ada kerusi tak selamat'

Razman
Razman
A
A
A

PASIR SALAK - Pas mengingatkan Barisan Nasional (BN) untuk menjaga beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menang majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu sebelum merampas kerusi dimenangi parti lain.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, BN dilihat mempunyai dua kerusi yang dimenangi dengan majoriti kurang daripada 100.

"DUN Changkat Jong, UMNO menang 67 undi manakala DUN Selinsing menang dengan 97 undi. Dia pun ada marginalnya juga.

"Jadi kalau cerita hendak rampas kerusi yang lain, dia jaga juga keselamatan kerusi-kerusi yang bawah pada 500 (majoriti) ini," katanya kepada pemberita pada Lawatan Kerja Pembinaan Jeti Nelayan MyKP Persatuan Nelayan Air Tawar (PENIAT) Sungai Galah di Kampung Gajah di sini pada Selasa.

Razman melawat kerja pembinaan jeti nelayan di Sungai Galah, Kampung Gajah pada Selasa.
Razman melawat kerja pembinaan jeti nelayan di Sungai Galah, Kampung Gajah pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyasarkan penambahan kerusi BN Perak pada PRU15 termasuk merampas semula lima kerusi yang tewas dengan majoriti kurang 1,000 undi pada PRU14 lalu.

BN tewas dengan majoriti tipis di lima kerusi iaitu DUN Chenderiang (39 undi), DUN Titi Serong (140 undi) dan DUN Behrang (409 undi) serta dua kerusi yang dimenangi Pas iaitu DUN Selama (289 undi) dan DUN Kubu Gajah sebanyak 180 undi.

Artikel Berkaitan: