Abd Latiff dalam laporan audit forensik LCS

Laporan audit forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasi pada Isnin turut tertera nama Abd Latiff.
Laporan audit forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasi pada Isnin turut tertera nama Abd Latiff.
A
A
A

SHAH ALAM - Laporan audit forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasi pada Isnin turut tertera nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Berdasarkan laporan itu, Abd Latiff dinamakan sebagai suami kepada Zainab Mohd Salleh yang didakwa telah menyeleweng dana RM9 bilion untuk projek LCS.

Laporan itu adalah hasil audit forensik yang dilakukan BHIC terhadap penghantaran lewat LCS yang bernilai RM9 bilion.

Dalam laporan itu juga menyatakan, Ahli Parlimen Mersing itu sebagai pengarah syarikat.

Selain itu, audit forensik itu menyenaraikan pegangan saham Zainab dalam empat syarikat, termasuk yang berdaftar di Malta dan Labuan.

Terdahulu, Rafizi dalam pendedahan terbaharunya mendakwa, dua syarikat palsu yang terlibat dalam skandal penyelewengan projek LCS dimiliki oleh isteri kepada salah seorang menteri kabinet ketika ini.

Beliau berkata, kewujudan kedua-dua syarikat berstatus syarikat pesisir luar pantai (offshore) menggunakan nama Alizes Marine tetapi didaftarkan di dua negara berbeza itu terbongkar melalui siasatan dalaman LCS dan semakan lanjut yang dilakukannya.

Jelas Rafizi, laporan turut menunjukkan pemilikan syarikat oleh wanita itu juga berlaku ketika suaminya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Pertahanan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Abd Latiff menafikan wanita yang dikaitkan dalam laporan berkaitan LCS itu adalah isterinya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau turut memaklumkan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan kes tersebut.