Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia

Abdul Halim meninggal dunia pada jam 3.40 petang di HRPZ II Kota Bharu pada Isnin.
Abdul Halim meninggal dunia pada jam 3.40 petang di HRPZ II Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia pada jam 3.40 petang pada Isnin.

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi satu hantaran Facebook di sini.

Ahmad berkata, Abdul Halim meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

"Allahyarham merupakan tokoh yang sangat berjasa kepada negeri Kelantan khususnya sebagai tokoh penting bermula pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam.

"Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula 1990 sehingga 2004," katanya.

Beliau berkata, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggol (1986-1995) dan Kijang (1995-2004).

Ahmad berkata, selain itu Abdul Halim pernah menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada tahun 2004-2013.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH SWT mengampunkan dan merahmati serta mengangkat darjatnya di kalangan orang-orang yang beramal soleh," katanya.