Amaran buat pemain Perak FC

YUSRI
YUSRI
A
A
A

KEKALAHAN memalukan di tangan Skuad Projek FAM-MSN pada saingan Liga Premier pada Ahad meletakkan pemain-pemain Perak dalam keadaan bahaya untuk disingkirkan.

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah melaungkan amaran buat anak buahnya untuk mempertingkatkan prestasi dan keyakinan bermain dalam baki perlawanan akan datang bagi memastikan tempat mereka selamat untuk musim akan datang.

Mengakui kecewa dengan kekalahan berkenaan, Yusri menjelaskan pemain sedia ada seharusnya mengambil peluang ketiadaan tujuh tonggak utama untuk menunjukkan prestasi masing-masing.

"This is big warning (Ini amaran terakhir) daripada saya tak kira siapa. Jadi dalam keadaan ini saya perlukan pemain yang nak main untuk Perak. Siapa yang tak ada hati sekadar cukup bulan saya rasa it's not the way.

"If i'm been here for next season (Kalau saya ada lagi di sini musim depansaya kena syorkan perkara-perkara tersebut kerana bagi saya maruah pasukan Perak lebih penting daripada maruah individu," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Liga Premier di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad.

Menurutnya, Perak FC kehilangan tujuh tonggak utama berdepan Skuad Projek FAM-MSN pada Ahad disebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan dan berdepan hukuman penggantungan.

Jelas Yusri, kekalahan tersebut juga menjadi pengajaran buat pemain bahawa bermain di gelanggang sendiri bukanlah satu kelebihan jika mereka gagal memanfaatkan peluang.

"Pemain tertekan dengan permainan sendiri setelah mendapatkan jaringan pertama. Seharusnya kita lebih baik dari segi penguasaan perlawanan tetapi gagal sungguhpun saya menurunkan tidaklah dikatakan pemain-pemain second grade sebab kita ada Syamim Yahya, Indra Putra dan juga Hafiz Ramdan.

Artikel Berkaitan:

"Ini semua bagi saya bagaimanakah pemain berada pada tahap keyakinan mereka pada malam ini lebih mustahak. Kita bukan nak menuding jari tapi yang lebih baik adalah tahap keyakinan mereka untuk beraksi," katanya.

Sementara itu, Yusri tetap mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan berkenaan dan mengharapkan peminat terus memberikan sokongan kepada pasukan.

Menurutnya, usaha yang terbaik sudah dilakukan untuk mempersiapkan pasukan dalam mengharungi setiap perlawanan.

"Tidak ada coach yang datang nak bagi kalah. Teruskan menyokong dan saya bukan orang yang tidur tak buat kerja dan bukan saya makan gaji buta untuk berada di sini. Seandainya pihak majikan saya tak perlukan saya dengan kekalahan ini, apa saya boleh buat.

"Saya cuba yang terbaik sebenarnya, sebab itu sahaja pemain yang saya ada untuk malam ini (Ahad). Sepatutnya pemain yang diturunkan menggunakan peluang yang ada," katanya.

Dalam perlawanan itu, Perak FC tewas 1-3 di tangan Skuad Projek FAM-MSN di hadapan penyokong sendiri sekali gus meranapkan peluang beraksi dalam saingan Piala Malaysia.