Kejohanan Dunia 2022: Tze Yong mula langkah kanan

Tze Yong
Tze Yong
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong memulakan kempen Kejohanan Badminton Dunia 2022 dengan langkah kanan apabila cemerlang menyingkirkan juara Masters Malaysia, Chico Aura Dwi Widoyo dalam aksi pusingan pertama.

Tze Yong mengesahkan kemaraan selepas mengatasi pemain dari Indonesia itu 21-16, 21-10 dalam perlawanan selama 40 minit yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut pemain nombor 42 dunia itu ke atas lawannya yang berstatus ranking 35 dunia.

Kemenangan itu menyaksikan Tze Yong bakal berdepan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin bagi perebutan tempat ke pusingan ketiga.

Thammasin mengesahkan kemaraan selepas bangkit mengatasi pemain tuan rumah, Kanta Tsuneyama, 13-21, 21-16, 21-13 dalam masa 75 minit.

Artikel Berkaitan: