Tak malukah terkinja-kinja di media sosial?

Gambar hiasan - Foto 123rf
Gambar hiasan - Foto 123rf
A
A
A

DALAM perkembangan anak-anak, seorang bapa memainkan peranan amat penting sebagai role model.

Anak akan membesar dengan minda yang cemerlang dan sihat sekiranya dipelopori tauladan daripada seorang bapa.

Merak Jalanan geleng kepala melihat segelintir bapa pada zaman ini tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anaknya.

Bukan mahu mencampuri urusan orang lain, tetapi Merak Jalanan melihat sendiri sesetengah lelaki yang sudah berkeluarga, malah mempunyai ramai anak, tidak segan silu memuat naik aksi terkinja-kinja di media sosial, kononnya untuk menarik 'viewer'.

Ada juga yang rasa bangga dengan kontroversi dan publisiti murahan dilakukannya.

Terlintas di fikiran Merak Jalanan, bagaimana perasaan anak-anak apabila melihat bapanya lebih banyak menghabiskan masa di media sosial?

Merak Jalanan berfikiran positif saja, mungkin apa yang dipaparkan di media sosial tidak sama sikapnya dengan kehidupan sebenar. Mungkin dia bijak membahagikan masa antara keluarga dan media sosial.

Namun begitu, tidak semua bapa yang bersikap begitu di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan tertarik dengan pendekatan Angkawasan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang menggunakan media sosialnya untuk memberi tips berguna dan berfaedah kepada orang ramai.

Merak jalanan kagum cara beliau kerana banyak berkongsi teknik keibubapaan menarik yang boleh dijadikan rujukan tanpa perlu terkinja-kinja untuk menarik perhatian ramai.

Bahkan, Sheikh Muszaphar juga membuktikan dua puterinya, Sophea Isabella dan Sophea Natasha meraih keputusan cemerlang 10A dalam peperiksaan di sekolah mereka pada Februari lalu. Tahniah Merak Jalanan ucapkan.

Bagi bapa-bapa di luar sana, bolehlah jadikan tips Sheikh Muszaphar ini sebagai inspirasi.