Bahang kemarau kemenangan Selangor berpanjangan

Darren Lok (kiri) diasak pemain Selangor FC ketika perlawanan Liga Super, PJ City FC menentang Selangor FC di Petaling Jaya pada Ahad.
Darren Lok (kiri) diasak pemain Selangor FC ketika perlawanan Liga Super, PJ City FC menentang Selangor FC di Petaling Jaya pada Ahad.
A
A
A

BAHANG kemarau kemenangan Selangor FC dalam saingan Liga Super berterusan apabila dijinakkan kelab bawahan PJ City FC, 0-1 dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada Ahad.

Tonggak sensasi Harimau Malaya, Darren Lok menjadi watak pemusnah kepada skuad kendalian pengendali sementara The Red Giants, Nidzam Jamil menerusi gol pada minit ke-59.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut The Red Giants kendalian Nidzam yang mengambil tanggungjawab daripada Michael Feichteinbeiner bagi baki saingan liga.

Sebelum ini pada Rabu lalu Selangor tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) juga di venue sama.

Untuk rekod, kali terakhir The Red Giants meraih tiga mata adalah ketika menjinakkan Penang FC, 2-0 di Petaling Jaya pada 16 Julai lalu.

Sementara itu, 6 April lalu merupakan kali terakhir The Phoenix asuhan P Maniam melakar kemenangan adalah ketika menewaskan TFC, 3-0 di Petaling Jaya.

Keputusan itu menyaksikan Selangor kini menghuni tangga kesembilan liga dengan mengumpul 16 mata hasil empat kemenangan, empat seri dan tujuh kekalahan setelah mengharungi 15 perlawanan.

Sementara itu, PJ City pula berada di tangga ke-10 liga dengan 16 mata, namun dipisahkan jaringan yang memihak Selangor selepas mengharungi 17 perlawanan liga.

Artikel Berkaitan:

Di Kuantan, Sri Pahang FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila dijinakkan 1-2 TFC di Stadium Darul Makmur.

Tonggak import Tok Gajah dari Argentina, Manuel Hidalgo meletakkan Sri Pahang di depan pada minit ke-47'.

Namun skuad Penyu bangkit untuk meraih kemenangan hasil jaringan Habib Haroon (75') dan Petrus Shitembi (87').