SUKIPT 2022: UiTM jinakkan UPM di pentas final bola jaring

Antara aksi menarik UITM menentang UPM dalam perlawanan akhir bola jaring SUKIPT 2022 di Arena UPSI pada Sabtu.
Antara aksi menarik UITM menentang UPM dalam perlawanan akhir bola jaring SUKIPT 2022 di Arena UPSI pada Sabtu.
A
A
A

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) menamatkan penantian pingat emas acara bola jaring Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 apabila menewaskan juara bertahan, Universiti Putra Malaysia (UPM) 17-15 pada Sabtu.

Dalam aksi di Arena Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), UiTM diberi tentangan sengit UPM sebelum bangkit di hujung permainan sekali gus memastikan pingat emas di bawa pulang ke Shah Alam.

Sementara itu, jurulatih UiTM, Addre Shah Naddra Din berbangga prestasi dipamerkan para pemainnya biarpun tidak memiliki kelibat pemain kebangsaan.

“Alhamdulillah rezeki kami tahun ini. Saya memang percaya dengan barisan pemain walaupun dalam pasukan UiTM kami tidak ada seorang pun pemain kebangsaan.

“Ini juga adalah edisi paling bermakna untuk saya kerana sebelum ini kami hanya berjaya menamatkan saingan di tempat kedua saja,” katanya selepas perlawanan.

Jelasnya lagi, kepercayaan tinggi yang diletakkan kepada barisan pemainnya juga menjadi pemangkin kepada kejayaan pasukan bola jaring UiTM.

“Saya letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada 12 pemain yang dibawa. Saya percaya semua pemain boleh bermain dan akan sentiasa berikan yang terbaik.

“Tips saya kepada pemain iaitu sentiasa satu hati, satu kepala dan saling percaya satu sama lain. Itu saja yang saya selalu tekankan kepada pemain,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ini kali pertama UiTM memenangi acara bola jaring sejak kali pertama dipertandingkan di temasya SUKIPT.