Banjir kilat: 26 mangsa di Johor Bahru dipindahkan ke PPS

PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.
PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 26 mangsa membabitkan lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai pada petang Sabtu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru memaklumkan, hujan lebat berterusan selama dua jam pada Sabtu menyebabkan sebuah PPS dibuka pada jam 7 malam.

Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Laut Batu 10 Skudai pada Sabtu.
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Laut Batu 10 Skudai pada Sabtu.

"Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 Skudai di sini selepas PPS terbabit dibuka. Proses pemindahan mangsa dari lokasi banjir ke PPS sedang diusahakan.

"Hujan lebat berterusan selama dua jam pada petang Sabtu menyebabkan rumah penduduk Kampung Laut Batu dinaiki air setinggi satu meter.

"Banjir kilat turut berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat. Pemantauan di kawasan berkenaan masih dilakukan," katanya dalam kenyataan.