Kelantan United FC kukuhkan kedudukan persada Liga Premier

Sebahagian pemain Kelantan United FC meraikan kemenangan menewaskan Selangor FC II, petang tadi. -Foto Kelantan United FC
Sebahagian pemain Kelantan United FC meraikan kemenangan menewaskan Selangor FC II, petang tadi. -Foto Kelantan United FC
A
A
A

KELANTAN United FC semakin mengukuhkan kedudukan dipersada carta Liga Premier apabila menewaskan Selangor FC II di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV petang tadi.

Pemain import Jullius Ofori Ziggy muncul wira Kelantan United FC apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit.

Ziggy membuka Jaringan pada minit ke-12 sebelum sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-17 bagi mengukuhkan kedudukan.

Mendahului dengan dua gol dilihat semakin menjadikan kesebelasan pemain bersemangat untuk terus mengasak ke pintu gol pelawat dalam usaha menambahkan jaringan.

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan hingga tamat separuh mata pertama.

Babak kedua menyaksikna Kelantan United FC semakin menggandakan asakan dan hasilnya seorang lagi pemain import, Njoku Jacob menjaringkan gol ketiga pada minit ke-79.

Asraff Aliffuddin Yasin, kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya Kelantan United FC apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-88.