Dua maut pesawat ringan bertembung

Sebuah kapal terbang ringan remuk selepas terlibat dengan perlanggaran dengan sebuah lagi pesawat di Watsonville pada Khamis. - Foto KGO
Sebuah kapal terbang ringan remuk selepas terlibat dengan perlanggaran dengan sebuah lagi pesawat di Watsonville pada Khamis. - Foto KGO
A
A
A

LOS ANGELES - Dua pesawat ringan bertembung di California Utara ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang tempatan pada Khamis.

Perlanggaran itu berlaku di Lapangan Terbang Perbandaran Watsonville sejurus sebelum jam 3 petang waktu tempatan.

Lapangan terbang itu tidak mempunyai menara kawalan untuk mengarahkan pesawat mendarat dan berlepas.

Terdapat dua orang yang menaiki sebuah pesawat Cessna 340 dan seorang lagi juruterbang menaiki sebuah kapal terbang ringan Cessna 152 semasa nahas itu, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Menurut media Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian itu.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat nahas itu. - Agensi