Bursa Malaysia meningkat semula

Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan pada Khamis untuk dibuka tinggi sedikit pada Jumaat, disokong minat belian yang muncul semula di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen berhati-hati di pasaran serantau. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan pada Khamis untuk dibuka tinggi sedikit pada Jumaat, disokong minat belian yang muncul semula di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen berhati-hati di pasaran serantau. - Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia meningkat semula daripada penurunan pada Khamis untuk dibuka tinggi sedikit pada Jumaat, disokong minat belian yang muncul semula di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 0.22 mata kepada 1,516.84 daripada 1,516.62 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 0.20 mata lebih tinggi kepada 1,516.82.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 200 berbanding 150, manakala 241 kaunter tidak berubah, 1,719 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 191.51 juta unit bernilai RM121.12 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, memandangkan pasaran Amerika Syarikat (AS) masih mencari hala tuju, bursa tempatan mungkin tidak banyak hari ini ekoran aliran masuk dana asing yang lebih perlahan.

"Pelabur akan memberi tumpuan kepada musim pelaporan yang sedang berlaku untuk membeli dalam pasaran saham," jelasnya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.

Firma pembrokeran itu juga menjelaskan, harga minyak mentah telah melonjak melebihi paras US$96 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) didagangkan melebihi RM4,000 satu tan.

"Kami berpendapat bahawa momentum positif dalam sektor tenaga akan kekal memandangkan harga minyak mentah menunjukkan peningkatan manakala syarikat minyak dan gas terpilih telah melaporkan prestasi yang baik.

"Selain itu, sektor seperti perbankan, pengguna dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) dijangka kekal menarik sepanjang musim pelaporan keuntungan," tambahnya.

Antara saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals menambah 10 sen kepada RM8.85, IHH Healthcare dan CIMB masing-masing naik 1.0 sen kepada RM6.52 dan RM5.48, Maybank susut 4.0 sen kepada RM8.91 dan Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4. 64.

Bagi saham aktif, AGMO Holdings naik 4.5 sen kepada 83 sen, Cnergenz menambah setengah sen kepada 91.5 sen dan JAKS Resources menokok 1.5 sen kepada 29 sen, manakala Serba Dinamik tidak berubah pada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 0.15 mata kepada 10,730.18; Indeks FBMT 100 meningkat 5.48 mata kepada 10,482.92; Indeks FBM Emas Shariah naik 6.43 mata kepada 10,877.39; FBM 70 naik 22.63 mata kepada 12,754.91 dan FBM ACE melonjak 23.08 mata kepada 4,949.07.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 27.95 mata kepada 16,791.39; Indeks Perladangan menambah 2.28 mata kepada 7,291.23; Indeks Tenaga naik 6.10 mata kepada 673.63 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.61 mata kepada 183.64. - Bernama