X

Kindly register in order to view this article
!

Belum masanya lagi: Elisya Sandha

Elisya Sandha
A
A

PELAKON meningkat naik, Elisya Sandha, 20, memberitahu dia tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman bujang.

Ujarnya, masih banyak perkara dalam hidup yang mahu dilakukan terlebih dahulu bahkan dalam bidang seni juga belum cukup puas untuk diterokai.

“Saya fikir untuk jangka masa panjang, saya mahu fikir fasal masa depan dahulu sebelum memikirkan soal kahwin.

"Bila saya sudah capai apa yang saya mahu barulah akan fikirkan fasal itu.

“Melihat kakak kahwin dan berjaya itu membuatkan inspirasi kepada saya juga,” katanya.

Elisya Sandha
Elisya Sandha

Dalam perkembangan karier lakonan, Elisya bakal membintangi drama bersiri 80 episod terbitan Orangetree Production Sdn Bhd bertajuk Puteri Yang Ditukar, untuk saluran Astro.

“Insya-ALLAH saya akan berlakon untuk drama bersiri panjang dan pada kali ini saya dapat watak utama setelah sekian lama saya nantikan, alhamdulillah rezeki semakin terbuka.

“Dalam masa sama, ia juga satu cabaran buat saya kerana akan banyak melakonkan babak sedih. Saya tahu bukan senang nak berlakon dan mengekalkan emosi sepanjang siri itu nanti,” ujarnya.

Elisya Sandha
Elisya Sandha