City enggan terburu-buru raikan kejuaraan

GUARDIOLA
GUARDIOLA
A
A
A

PEP Guardiola tidak bercadang untuk meraikan kejayaan jika Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih awal.

City berada di ambang kejuaraan EPL kelima dalam enam musim dan ia akan disahkan sebelum mereka beraksi menentang Chelsea jika pencabar terdeka, Arsenal tewas kepada Nottingham Forest pada Sabtu.

Guardiola menegaskan dia tidak memikirkan tentang apa yang akan berlaku ke atas Arsenal dan hanya fokus untuk menewaskan Chelsea di Stadium Etihad sekali gus meraikannya di laman sendiri pada Ahad.

"Saya tidak fikir (kami akan meraikannya) kerana kami mempunyai perlawanan sehari selepas itu dan kami perlu menentang Chelsea.

"Dalam fikiran saya, saya ingin merasakan kita perlu menang untuk menjadi juara. Ini yang kita kena fikir.

"Kami tidak boleh mengawal Nottingham dan tidak kira apa yang berlaku di Nottingham. Kami perlu melakukan tugas kami dan memenangi permainan kami.

"Jika kami boleh menang, kami boleh meraikannya di stadium bersama orang ramai dan itu adalah yang terbaik," katanya.