PM tidak boleh campur tangan kes Najib

Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood tidak bersetuju dengan gesaan supaya Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah.

Pendirian Ismail Sabri adalah jelas apabila beliau menyatakan kes-kes mahkamah dihadapi pemimpin utama UMNO seperti Najib (kanan) perlu diserahkan kepada mahkamah. - Foto FB Ismail Sabri
Pendirian Ismail Sabri adalah jelas apabila beliau menyatakan kes-kes mahkamah dihadapi pemimpin utama UMNO seperti Najib (kanan) perlu diserahkan kepada mahkamah. - Foto FB Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood tidak bersetuju dengan gesaan segelintir penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Perdana Menteri campur tangan dalam kes mahkamah Ahli Parlimen Pekan itu.

Menurut pakar perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku ketua kerajaan perlu mematuhi doktrin pengasingan kuasa dengan pendirian diambil Naib Presiden UMNO itu terhadap kes Najib, disifatkannya sebagai tepat dan jelas.

Tambah Nik Ahmad Kamal, Ismail Sabri tiada masalah untuk membantu Najib tetapi hanya dari sudut memastikan proses undang-undang berjalan dengan lancar tanpa amalan berat sebelah.

Baca berita penuh di Sinar Premium.