Perkeso salur RM126.5 juta tuntutan di Selangor

Ismail (kiri) bersama Mohd Sabirin (dua dari kiri) bertanya khabar kepada waris pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kotak Prihatin dan Bayaran faedah pengurusan mayat Perkeso pada Khamis.
Ismail (kiri) bersama Mohd Sabirin (dua dari kiri) bertanya khabar kepada waris pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kotak Prihatin dan Bayaran faedah pengurusan mayat Perkeso pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyalurkan kira-kira RM126.5 juta tuntutan kepada pencarum di seluruh negeri ini.

Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi Perkeso, Ismail Abi Hashim berkata, jumlah itu membabitkan 58,719 kes yang telah diziarahi skuad itu sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Menurut beliau, faedah tuntutan paling tinggi disalurkan berjumlah RM58 juta melibatkan hilang upaya sementara, manakala RM58.4 juta pula hilang upaya kekal bernilai RM50.9 juta dan sebanyak 5.98 juta pula melalui pencen penakat.

"Selain itu, saluran tuntutan turut merangkumi faedah pengurusan mayat (FPM) sebanyak RM5.41juta selain pencet ilat (RM4.91juta) dan faedah orang tanggungan (RM759,393.31).

"Kita akan menyelesaikan tuntutan antara tujuh hingga 45 hari mengikut sesuatu kes tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kotak Prihatin dan Bayaran faedah pengurusan mayat Perkeso kepada Siti Asma Ahmad Izhar, 39, yang merupakan waris kepada Allahyarham Khairul Ameer Anor Shamsuddin, 39 di kediamannya di Simfoni Perdana, Puncak Alam pada Khamis.

Hadir sama, Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Khairul Ameer merupakan kakitangan LZS cawangan Gombak meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Ditanya mengenai pemberian tuntutan kepada Siti Asma, Ismail memberitahu, waris Allahyarham menerima faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 dan faedah pencen penakat (PKT) berjumlah RM2,289.99 sebulan sepanjang hayatnya.

"Tiga anak lelaki Allahyarham pula yang masing-masing berusia dua hingga 11 tahun menerima PKT sebanyak RM508.89 sebulan.

"Pembayaran kepada tiga kanak-kanak itu akan dilakukan selepas mencapai usia 21 tahun atau masih belajar sehingga menamatkan pengajian ijazah pertama," katanya.