Laporan audit forensik LCS dinyahklasifikasi

Wong Kah Woh
Wong Kah Woh
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) telah dinyahklasifikasikan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh dalam hantaran di Facebooknya yang memuat naik surat daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan yang menyatakan surat itu telah dinyahklasifikasikan.

"PAC telah menerima salinan laporan JKSTUPKK yang telah dinyahklasifikasikan. Ini adalah lanjutan daripada syor PAC pada 4 Ogos lalu dan keputusan kabinet pada 10 Ogos 2022," katanya pada Rabu.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah mencadangkan supaya laporan pengauditan forensik projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan antara komitmen dan jaminan kerajaan tentang siasatan telus, tanpa melindungi sesiapa pun.

Tambah Kah Woh, PAC akan memuat naik laporan berkenaan ke portal mereka untuk rujukan semua pihak.

"PAC akan memuat naik laporan ini ke portal PAC untuk rujukan semua," ujarnya.