Nunez kesal, mohon maaf

Nunez mempertikai keputusan pengadil Paul Tierney selepas dilayangkan kad merah di Anfield pada Ahad.
Nunez mempertikai keputusan pengadil Paul Tierney selepas dilayangkan kad merah di Anfield pada Ahad.
A
A
A

PENYERANG baharu Liverpool, Darwin Nunez meluahkan rasa kesal selepas dilayangkan kad merah ketika terikat 1-1 dengan Crystal Palace apabila menanduk muka Joachim Andersen.

Nunez yang tampil kali pertama di Anfield pada Ahad memohon maaf atas tindakan tersebut menerusi mesej di Twitter sambil mengakui kelakuannya teruk.

"Saya sedar ada kelakuan yang teruk. Saya di sini untuk belajar daripada kesilapan dan ia tidak akan berlaku lagi.

"Mohon maaf buat semua penyokong Liverpool. Saya akan kembali," ciapnya di laman Twitter.

Pemain Uruguay berusia 23 tahun itu hilang kawalan dan menyerang pertahanan tengah Palace tersebut pada babak kedua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

The Reds ketika itu ketinggalan 0-1 hasil jaringan Wilfried Zaha, namun Luis Diaz berjaya menyamakan kedudukan selepas Nunez dibuang padang.

Rakan sepasukan The Reds, Virgil van Dijk juga bercakap mengenai insiden berkenaan dan memberi amaran bahawa Nunez perlu mengawal dirinya.

Bagaimanapun pertahanan itu menegaskan bahawa Nunez mendapat sokongan sepenuhnya daripada skuad dan dia tidak boleh membenarkan kelakuan seperti itu berulang.

Kad merah itu bermakna Nunez akan digantung tiga perlawanan dan terlepas aksi menentang musuh tradisi, Machester United minggu depan.