Covid-19: 3,429 kes baharu, 9 kematian

Sebanyak 3,429 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan enam daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
Sebanyak 3,429 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan enam daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,429 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan enam daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian membabitkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini sebanyak 36,102 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini adalah sebanyak 40,741 kes, dengan 39,062 daripadanya atau 95.39 peratus merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 32 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,563 pesakit lagi ditempatkan di hospital dengan 84 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 26 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 58 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh direkodkan pada Selasa ialah 4,882 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,664,570 kes.