Padah leka buang sampah haram

Sebuah lori yang sedang sibuk membuang sampah haram di Jalan Sijangkang Utama, Telok Panglima Garang disita pada Isnin.
Sebuah lori yang sedang sibuk membuang sampah haram di Jalan Sijangkang Utama, Telok Panglima Garang disita pada Isnin.
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) bertindak menyita sebuah lori yang membuang sampah haram di Jalan Sijangkang Utama, Telok Panglima Garang, di sini pada Isnin.

MPKL menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan siasatan awal dibuat di lokasi mendapati terbabit sedang sibuk menurunkan sampah di kawasan yang tidak dibenarkan.

Menurut hantaran terbabit, jentera jengkaut yang didapati sedang meratakan kawasan tersebut turut disita.

"Tindakan ini dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.

"Sekiranya orang ramai terlihat sebarang aktiviti pembuangan sampah haram, hubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKL melalui talian 012-3004217," kata hantaran terbabit pada Selasa.