Kerajaan hanya akan jual tanah kepada rakyat Malaysia: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto: ZAHID IZZANI
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto: ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tanah kerajaan hanya akan dijual kepada rakyat tempatan sekiranya perlu bagi mengurangkan beban hutang negara.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan kerajaan PH tidak mengulangi tindakan pimpinan kerajaan lalu yang sanggup menjual aset negara kepada pihak asing.

“Kita masih ada beberapa aset. Jika perlu, kita akan jual tanah milik kerajaan tapi sudah tentu hanya jual tanah kepada rakyat Malaysia, bukan pihak asing.

“Pembangkang boleh membantah, tetapi mereka tidak lagi berkuasa. Ketika memerintah, mereka tidak membantah tanah dijual kepada pihak asing, sekarang baru mereka sedar,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rancangan untuk melupuskan aset kerajaan selepas berjaya menjual Equanimity.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir turut memberitahu, kadar hutang negara sudah menurun susulan pertumbuhan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK).

Beliau berkata, walau bagaimanapun proses mengurangkan hutang negara masih dijalankan.

Artikel Berkaitan: