JPPKK tersenarai dalam Malaysia Book Of Records

Zairon menerima penghargaan daripada Siti Hajar.
Zairon menerima penghargaan daripada Siti Hajar.
A
A
A

IPOH - Jabatan Pengajian Politeknik Kolej Komuniti (JPPKK) tersenarai dalam Malaysia Book Of Records apabila mencatatkan penyertaan terbesar bacaan Yasin serentak di semua 36 Politeknik dan 102 Kolej Komuniti seluruh negara hari ini.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Ketua Eksekutif Am Malaysia Book Of Records, Siti Hajar Johor sempena Program Yasin Hour di Dewan Jubli Perak, PUO.

Rekod berkenaan disahkan menerusi bacaan QR Code daripada aplikasi surah Yasin yang telah dimuat turun sebelum ini yang mencatatkan penyertaan 22,716 peserta di 148 lokasi politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

Malah PUO sendiri telah mencatatkan sejumlah 2,909 penyertaan pada program berkenaan.

Artikel Berkaitan: